Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Sama ada rumah tersebut ingin di bina melalui pinjaman bank ataupun tunai. Pihak kami akan menyediakan servis daripada A-Z.

Bermula daripada plan binaan sehingga mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Pelabagai jenis rumah dan bentuk boleh di bina jika pelanggan memilih untuk menggunakan servis kami.

Bina Chalet, Homestay, Rumah Rehat, Bangunan Komersial

Kami telah membuktikan dengan membina beberapa chalet, homestay dan rumah kedai di Langkawi.

Kejayaan ini menjadikan kami antara pakar rujuk untuk memenuhi citarasa serta reka bentuk chalet dan rumah rehat tersebut. Di Langkawi, kami boleh mengatakan kebanyakan pelanggan akan mencari kami untuk binaan struktur dan kemasan dalaman.

Renovasi Butik dan Rangkaian Franchise

Kontraktor yang boleh melakukan kerja-kerja renovasi butik dan rangkaian franchise haruslah mempunyai disiplin yang tinggi.

Kontraktor yang boleh melakukan kerja-kerja renovasi butik dan rangkaian franchise haruslah mempunyai disiplin yang tinggi kerana kebanyakan tapak renovasi kategori ini berada di pusat beli belah terkemuka, Pusat Bisnes, dan Bangunan yang mempunyai undang-undang mereka tersendiri. Justeru, untuk memudahkan urusan pelanggan, kami telah biasa mengendalikan kerja-kerja renovasi di tempat bertaraf 5 bintang sebegini.

Renovasi Rumah Menggunakan Teknologi Industrialised Building System

Memenuhi kehendak pelanggan yang ingin melakukan renovasi rumah dengan harga yang tidak terlalu mahal.

Jawapan yang terbaik adalah dengan menggunakan teknologi IBS. Ianya cepat, berpatutan serta menyokong teknologi hijau. Bukan sahaja renovasi dan penyambungan rumah , teknologi IBS juga boleh di gunakan untuk membina rumah kediaman dengan kos yang amat berpatutan.

Renovasi Spa dan Klinik

Renovasi klinik dan spa tidak mudah kerana ia melibatkan penggunaan mesin-mesin yang tertentu.

Tambahan pula, pelan renovasi dan kesiapan akhir sesebuah klinik seperti klinik gigi dan klinik umum memerlukan kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Sudah terdapat beberapa portfolio spa dan klinik telah kami sempurnakan sepanjang tahun 2016.

Pemajuan Hartanah

Sebagai sebuah syarikat yang menyumbang kepada industry hartanah, maka tidak lengkap jika kami tidak menceburkan diri dalam pemajuan hartanah.

Sepanjang penubuhan RPG Sdn Bhd, visi utama adalah untuk menjadi salah satu pemain hartanah dalam bidang pembinaan dan juga pemajuan di Malaysia. Kami masih lagi meneroka peluang dan juga ruang yang terbuka agar visi utama ini dapat di realisasikan.

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.