Jenis Panel

RPG IBS Panel menggunakan sejenis IBS dalam kategori INOVATIF iaitu ‘LIGHTWEIGHT SOLID WALL PANEL’. Panel IBS ini sangat sesuai untuk membina rumah mampu milik kerana ia dapat menjimatkan kos pembinaan sebanyak 10% ke 15%.

RPG IBS Panel menggunakan sejenis IBS dalam kategori INOVATIF iaitu ‘LIGHTWEIGHT SOLID WALL PANEL’. Panel IBS ini sangat sesuai untuk membina rumah mampu milik kerana ia dapat menjimatkan kos pembinaan sebanyak 10% ke 15%. Tambahan, ia dapat memudahkan kerja pemasangan dan kemasan dinding kerana permukaan panel sudah cukup licin dan cantik. Juga, proses pemasangannya tidak rumit dan tidak memerlukan pekerja mahir seperti mana kerja-kerja pembinaan rumah secara konvensional. Namun, sistem ini masih memerlukan sedikit kerja-kerja konkrit. Panel IBS ini, dapat mempercepatkan proses pembinaan dan pemasangan rumah kepada 3 bulan atau kurang jika dibandingkan dengan cara konvensionaliaitu 5 ke 6 bulan