fbpx

Pengenalan

Syarikat ini dimiliki dan dikendalikan 100% oleh BUMIPUTERA dan kumpulan profesional yang membawa setiap pengetahuan dan pengalaman untuk memberikan servis terbaik kepada pelanggan.

RIMBUN PRIMA GLOBAL

RIMBUN PRIMA GLOBAL (RPG) SDN. BHD. (1039997-V) adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan dengan impian untuk menawarkan perkhidmatan pembangunan hartanah, reka bentuk dan binaan yang memfokuskan kepada rumah kediaman sahaja di Malaysia. Kami juga merupakan syarikat pembinaan perumahan yang memiliki lesen G3 dan G4 dengan CIDB.

Syarikat ini dimiliki dan dikendalikan 100% oleh BUMIPUTERA bersama-sama kumpulan profesional yang membawa setiap pengetahuan dan pengalaman untuk membolehkan kami menawarkan pelbagai servis kepakaran seperti reka bentuk binaan untuk kelulusan PBT (Pihak Berkuasa Tempatan), pembinaan kediaman perseorangan, pembekalan panel dinding IBS, latihan dan amali dalam industri pembinaan rumah, pembangunan hartanah dan pengurusan projek.

Kami juga memberi tumpuan kepada kerja pembinaan khusus (special project) seperti loji rawatan pembentungan dan pembekalan serta pemasangan bumbung (supply and install roof trusses). Di bawah RPG, kami mempunyai 3 anak syarikat yang menjalankan perniagaan berkaitan :

1- RPG Builders Langkawi Sdn Bhd
2. RPG Capital & Development Sdn Bhd
3. Kayuga Property Sdn Bhd

Hubungi Kami di Whatsapp
1