LPPSA
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) adalah badan yang telah dicipta khas untuk menyediakan pinjaman perumahan kerajaan untuk penjawat awam. Jika anda ialah kakitangan kerajaan, anda haruslah mengambil kesempatan ke atas peluang yang ada ini! Memang ada pelbagai jenis pinjaman perumahan dan initiatif kerajaan yang ada di luar sana untuk membantu semua pembeli rumah. Tetapi kali ini, kami ingin mengupas tentang membeli rumah menggunakan pinjaman perumahan kerajaan bagi penjawat awam. Kesimpulannya, ada kemungkinan masih ramai kakitangan kerajaan yang tidak mengetahui tentang pinjaman perumahan kerajaan yang telah dicipta khas untuk mereka ini.
Menggunakan panduan Ebook yang diterbitkan di bawah pusat latihan AKRA (Akademi Kontraktor Bina Rumah dan Pemaju Kecil- Kecilan), anda akan mendapat maklumat penting tentang pinjaman perumahan kerajaan iaitu Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), manfaat daripada pinjaman, bagaimana pinjaman tersebut berfungsi dan kelayakan untuk memohon.