RPG IBS Concrete Panel adalah merupakan pengedar, pembekal dan juga penyedia servis pemasangan dinding panel IBS jenis Lightweight Concrete Panel untuk projek perumahan rumah sesebuah atau projek berskala besar seperti rumah tingkat tinggi dan perumahan mampu milik kerajaan negeri. Industri pembinaan menggunakan teknologi IBS masih baru di Malaysia, begitu juga dengan kami yang sudah berkecimpung selama 5 tahun.
Untuk panel lightweight RPG, kami lebih memfokuskan pembekalan produk kepada pemasangan untuk rumah sesebuah seperti banglo dan rumah mampu milik. Dengan cara pemasangan yang diluluskan oleh panel jurutera panel lightweight RPG boleh dijadikan panel “Load Bearing” dengan kaedah pemasangan secara hybrid. Ia mampu menjimatkan kos pembinaan sehingga 10% berbanding binaan secara konvensional / menggunakan batu bata.
Panel kami diluluskan oleh CIDB, SIRIM dan beberapa institusi penarafan produk bertaraf antarabangsa. Ia mampu menjadikan rumah anda lebih sejuk, kurang penghasilan tenaga, serta pembinaan lebih cepat.
PANEL RINGAN, PONDASI LANTAI CUKUP DENGAN RAFT FOUNDATION
Panel ibs ini mempunyai berat selepas siap menjadi dinding 90KG/m3 berbanding Bata Siap Plaster Luar Dalam anggaran 300KG/m3. Jadi pilihan pondasi raft untuk memudahkan dan mempercepatkan kerja
KERJA PEMASANGAN SANGAT MUDAH,CEPAT DAN TIDAK PERLU PEKERJA MAHIR YANG RAMAI
Isu pekerja di tapak bina serta kualiti akhir dapat di kawal dengan menggunakan panel IBS ini. Tiada masalah senget ikat bata, tidak rata dengan tiang, atau kekurangan pekerja yang boleh di harap. Kami akan ajar anda bagaimana nak pasang panel ini di tapak.
TIDAK PERLU PLASTER LUAR DALAM, CUKUP SKIM DAN STAPLER DI SAMBUNGAN PANEL
Pasir naik harga, sampai kat site pasir pulak tak boleh plaster sebab bercampur batu. Simen pun asyik turun naik harga tambah masa lagi nak plaster luar dalam. Haa, dengan panel boleh say goodbye semua masalah tu.
HASIL AKHIR SAMA MACAM RUMAH KONVENSIONAL DAN BOLEH RENOVATE LAGI LEPASTU
Jangan risau tentang hasil akhir. Sebiji macam rumah konvensional, tambah boleh reno lagi kemudian hari. Ramai takut pakai IBS tak boleh reno. Fakta tu salah bro.